Sejarah

NAMA SEKOLAH : SK Seri Tualang
KOD SEKOLAH : CBA 7152
GRED SEKOLAH : B
PEJABAT PELAJARAN DAERAH : PPD Temerloh
PUSAT KEGIATAN GURU : PKG Bandar Temerloh
SESI SEKOLAH : 1
DAERAH : Temerloh
NEGERI : Pahang
JUMLAH GURU : 27
JUMLAH KAKITANGAN SOKONGAN : 6

Sekolah Kebangsaan Seri Tualang mula dibuka pada 4 Januari 1999.Nama sekolah ini diambil sempena nama Pokok Tualang yang banyak terdapat di kawasan ini pada suatu ketika dahulu.Pokok Tualang adalah sejenis pokok yang tinggi, keras dan mahal harganya.Madu lebah yang diperoleh daripada Pokok Tualang adalah antara yang terbaik khasiatnya.

Guru Besar pertama yang berkhidmat di sini ialah Allahyarham Che Zahari B. Mohd Yasin.Beliau berkhidmat di sekolah ini semenjak sekolah ini dibuka sehingga 15 Ogos 2006 dan diganti oleh En. Awang Satip B. Md Salleh dari SK Batu Kapor mulai 16 Ogos 2006 sehingga kini.

Pada peringkat awalnya, hanya 106 murid yang bersekolah di sini iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja yang mana murid-muridnya datang dari kawasan berhampiran iaitu Kampung Bukit Kelulut, Taman Tualang Indah, Taman Karpaga, Taman Perindu dan Taman Bukit Angin.Kini, bilangan murid semakin meningkat sehingga 346 orang yang terdiri daripa murid Pra Sekolah sehingga murid Tahun 6 disamping 30 orang Guru dan 6 Kakitangan Sokongan.